Tuhan lebih sayangkan dia


Salam.

Biasanya kalau orang meninggal, orang selalu cakap ‘ Tuhan lebih sayangkan dia’. Kenapa orang cakap macam tu ek? dulu yang aku paham bila dipahamkan oleh Ustazah aku yang mengikut pemahaman dia: sebab ALLAH sayang dia, ALLAH ambik la dia dulu. Sebab tak nak dosa dia bertambah bila umur dia panjang. Sama la macam ‘orang baik, dia pergi dulu’.

Tak kisah la baik ke jahat, kita semua memang akan mati pun. Tapi, persoalannya, kenapa orang selalu cakap macam tu? Ke sebab nak sedapkan hati orang yang ditinggalkan si mati. Ke sebab orang kita dah terbiasa cakap macam tu. Kenapa? Kenapa? Kenapa? Emm.. wallahualam.

2 rajin komen:

Kancil 8349 said...[Reply to comment]

Kancil rasa nak sedapkan hati orang...yang hidup mahupun yang mati...kalau kita tak cakap macam tu...ada satu point kita akan tidak waras lebih2 lagi orang yang kita sayang...bila jadi macam tu...ada yang berteriak2...tu pun tidak elok untuk si mati...lagi satu, budaya kita sendiri penuh dengan budi pekerti...contohlah kalau ada orang cakap dia mati sebab banyak dosa...memang patut pun...apalah tanggapan orang pada si mati..elok ke kalau dicakap macam tu...tak kesian ke kita dengan dia...apapun, setiap perkataan mempunyai maksud tersurat dan tersirat...cuma kita sahaja yang perlu memahaminya... positif mahupun negatif...

Eera Shera said...[Reply to comment]

pnjg komen kancil. betul jugak ek utk sedapkan hati...