Ini untuk Dhiya Zafira

anak pertama
yang ke 2

yang ke3

yang ke4

ni yang terbaru..baru keluar bulan 2


ni semua adalah karya2 Dhiya Zafira yang gempak dan meletup. setakat ini beliau telah menulis 5 buah novel tapi hanya 4 novelnya yang aku ada. novel pertama beliau, Ku Damba Bahagia masih belum ku miliki (sape nak belanja..hehe). Beliau menulis novel bergenre romance-thriller.percubaan pertama Dhiya Zafira dalam genre ini bermula dengan menerbitkan Rindu Belum Berhenti (RBB), novel yang kedua. novel ni berjaya mengumpul peminatnya yang tersendiri. 


cinta pertama aku dengan karya beliau bermula dengan Rindu Untuk Dia,novel yang ketiga. mula2 aku ingat ni kisah cinta semata-mata.kalau tengok sinopsisnya agak menarik.tengok sinopsis dah buat aku tertanya-tanya. tapi bila dah mula baca tu baru tahu,novel thriller rupanya. aku tak amik masa yang lama untuk menghabiskan novel ni sebab rasa nak tau kan.plot ceritanya agak lain dari yang lain.bukan cerita cinta je tapi aksi jugak.

salah satu sebab aku suka novel Dhiya ni sebab hero2nya teramatlah macho. hero yang kuat dari segi fizikal. tinggi,hensem tu dah konpem la kan.siapa nak baca novel yang heronya hodoh.hehe..seorang tu mafia,ada tentera,polis..( boleh bayang tak machonye mereka itu..huhu). kesemua heronya sanggup berjuang, bergadai nyawa demi melindungi insan tercinta. yang pastinya   tiada adegan salah faham suami isteri,fitnah orang yang dengki ataupun gangguan orang ketiga. tak ada kes paksa kahwin (yang aku dah muak nak baca). semuanya tentang perjuangan untuk hidup, berjuang melindungi yang tersayang disamping berperang dengan konflik diri. heroinnya juga walaupun tak kuat dari segi fizikal tapi punya semangat dan kekuatan diri yang tinggi.sesuatu yang boleh diambil pengajaran,yang hidup ni perlukan kita untuk berjuang dan tak harus mengalah dengan musibah dan ujian.

malas nak cerita panjang lebar, pergi cari ler sendiri novel tu kat kedai.bukan mahal pun. kalau aku mampu, mengapa korang tidak? (ayat ni poyo...abaikan je).

entry ni saja dibuat untuk menghargai penulis novel yang aku sayang ni. aku suka cara penulisannya. nak ulas panjang2 pun aku bukan teror. SPM dulu BM fail.hehe..kalau entry yang sebelum2 ni aku ada cerita tentang Ramlee Awang Murshid (RAM), kali ni aku cerita pulak pasal sorang lagi novelis yang aku suka dan kagum. tabiklah kak dhiya  sebab dia suka tanya pendapat orang lain kalau nak buat novel tu dan dia menghargai peminat2. kalau RAM aku dah dapat jumpa dengan dia dan ada gambar dengan dia, dengan kak Dhiya ni tak ada can lagi. contact kat FB je pun. dan sebab selalu menempelkan diri dan menyelitkan diri kat blog dan FB kak Dhiya, aku kenal kawan2 baru jugak.semuanya peminat2 beliau.Jan, Kak Izan,Kak Intan. 

nak bagi tau ni.siapa yang pernah baca Jauh Kau Pergi, salah satu watak dalam novel tu, Mejar Najmi Hariri aka Jimmy dijadikan hero dalam next novel, Tercipta Buat  Kita. novel tu on the way..tapi adalah ceritanya sikit yang boleh dibaca kat blog kak dhiya. tak sabar nak tunggu aksi si Jimmy yang nakal dan cute tu.hehe.. 

kat sini boleh baca Jimmy's Story tu. Tercipta Buat Kita

satu lagi,kepada siapa yang pernah baca novel2 kak dhiya,ada seseorang ni yang cuba buat cerpen yang menggunakan watak2 novel kak dhiya dan novel yang die buat sendiri. yang tak pernah baca boleh je nak baca cerita pendek tu. boleh baca kat blog die. dia ni peminat setia kak dhiya, Fauzan Abas yang namanya dipinjamkan untuk watak Inspektor Fauzan dalam HBR. tengok lah kat sini ek The Curious Case of Whatever


p/s: ku terharu dengan kata-kata mu!



7 rajin komen:

dhiya zafira said...[Reply to comment]

huhuhuhuuuhu...noor...aduhai..terharunya akak...huwaa..sob..sob..sob..nasib baik noor jauh..kalau tak dah kena peluk dnegan akak dah..hehehehhe..thank u very much dear...

Eera Shera said...[Reply to comment]

sama kasih.hehe..tak pe akk peluk dari jauh pun sy boleh rasa..hee

Mohamadjahn said...[Reply to comment]

saya pun rasa nak peluk noor... tapi tak mungkin kot... hehehe, bukan muhrim katanya...hehehe...anyway, Jahn sgt gembira sebab Jahn kenal dan bersahabat dengan Eera, walaupun hanya di internet tetapi dah rasa mesra dengan Eera...nice one Eera...

Eera Shera said...[Reply to comment]

peluk?belasah kang..hehe..thx jan..nice to meet u too! harap union kita2 tu jadi la ek one fine day..hihi

Anonymous said...[Reply to comment]

nice job eera..the compliment is so sweet for dhiya..one of my favorite novelis as well..and mr Jahn already steal my attention..very gud work guys...looking forward to d next chapter...

Eera Shera said...[Reply to comment]

hehe...thx yek..teruskan menyokong karya mereka berdua..siapa la penulis tanpa pembaca kan? =)

Unknown said...[Reply to comment]

best eh

xpnh bace stakat ni