Teman Baru

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Selamat kembali untuk diriku. Aku kembali selepas lama menghilang. Sebelum ni aku ada cakap nak kembali berbicara dengan kamu semua seperti biasa. Tapi apa kan daya. Mesin penghubung aku dengan kamu tergendala. Ah bukan mesin masa, mesin taip.

Aku masih ada di alam maya. Selalu buang masa di twitter. Di situ tempat aku mencurah rasa dan idea. Tapi hari ni aku dapat teman baru. Ya dengan teman baru ku inilah aku dapat menjalin hubungan kita. Moga dapat bersama macam dulu. Aku rindukan kamu. Aku rindu untuk berbual mesra macam dulu.

Sambutlah aku...

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Page 1 of 365

Selamat menyambut tahun baru. Korang sambut ke? Aku tak pernah pulak sambut. Bagi aku bertukar tahun tu biasa je. Yela masa kan terus berjalan. Yang aku kisahkan, umur dah bertambah....


Azam? Misi tahun ni adalah misi bersama kawan- kawan. Misi memburu suami. Kalau dapat seorang pun jadi la. Eh tak la tipu je semua tu yohohohoho *gelak gaya Brooke San*

So, tahun dah bertukar, umur pun bertambah, ajal pun makin dekat. Semoga Allah rancangkan yang baik - baik untuk kita tahun ni.

posted from Bloggeroid

Kembali

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak mencari barang yang hilang tu tak lah susah mana. Cari je sampai jumpa. Tak jumpa jugak mungkin boleh beli yang lain. Ganti yang baru walaupun mungkin tak berapa nak serupa dengan yang lama. 

Masalahnya kalau mood yang hilang tu payah jugak nak cari balik. Hanyut entah ke mana. Bagi empunya diri memang payah la nak atasi penyakit merbahaya tu. Mungkin kena bertapa ke gua dulu baru dapat semangat balik. Dah lama tinggal tu la penyebab kemalasan tahap gergasi tu.

Itu nasib semangat yang hilang. Kalau empunya diri yang hilang, tak ke naya tu? Oh mungkin nak kembali balik ke masa silam? Macam dulu- dulu tu.

Rindu awak- awak semua tapi masih ingat lagi ke dekat tuan punya belog ni?



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Koleksi


Koleksi buku yang aku beli sendiri. Banyak ni je? Ingat dah banyak sangat. Yela jarang beli. Ada duit beli. kalo takde dok diam2 je la.

Azam aku sekarang nak beli at least 2 bijik sebulan. Eh tapi..tapi..bulan lepas terbeli 4 bijik la. Tak sengaja :p

Published with Blogger-droid v2.0.4

Review Buku: Murtad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Penulis: Hasrul Rizwan
Penerbit: Buku Fixi
Genre: Aksi


Kisah pasal sepasang kembar, Adam dan Akhil yg datang jauh dari Kedah ke Kolumpoq untuk mencari kerja. Tapi lain kerja yg dicari, lain pulak yg depa dapat. Kerja apa? Pembunuh upahan.

Depa diupah oleh seseorang yg tak dikenali untuk membunuh orang Islam yg murtad. Yang meninggalkan Islam dan menyebarkan fahaman hidup tak bertuhan dorang kepada orang Islam yg lain. Ini cerita aksi.  Ada debar. Ada terselit cinta. Kisah keluarga. Ada humor. 

Semua dialog yg dituturkan Adam dan Akhil dari awal sampai akhir dalam loghat utagha. Sampai la ni lidah aku pun terikut loghat depa. Pasai tu nak bercerita ni pun terkeluaq bahasa depa haha..

Korang mesti akan suka dengan kembar yg sangat hensem, bergaya dan kelakar. Naik kereta sport. Pakaian rasmi dorang adalah kemeja dan kot hitam. Pergi membunuh tu kira macam pergi kerjalah. Kemain pergi membunuh dengan bergaya macam tu. Memang rasa macam tengok filem aksi. Saspen abeh.

Sampai je muka surat terkahir, aku macam..oh tidakkk!! Abes dah? Rasa nak lagi dan lagi...tak puas! 

Apa jadi dengan si kembar tu akhirnya? Sampai bila nak diperanginya orang murtad? Siapa sebenarnya orang yg mengupah dorang? Ada peluang ke pembunuh macam dorang untuk bercinta? Nak tau kena baca.

Kalau hampa suka cerita aksi dan nak cari kelainan, hampa memang kena beli!

Tahniah penulis. Cerita yg best. Tak ada rasa nak sambung? Eheh ;)

Baca bab 1 dan 2 kat sini


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Tak sampai

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Nak macam- macam. Teringin nak itu, nak ini. Nak buat macam tu, macam ni. Tapi kudrat tak terdaya, macam mana?

Susah kalau perlu bergantung pada orang lain. Tak mau pun kalau boleh tapi kalau tak ada pilihan apa boleh buat. Betul pilihan selalu banyak tapi tak semestinya kena dan sesuai.

Dan kau suka pada sesuatu tu. Dah lama gila. Tapi kau tak pernah dapat rasa. Nak belajar tapi dengan siapa? Kat mana? Akhirnya cuma dapat terus menyukai dan mencintainya aje. Cukup dengan minat aje.

Bukan semua yg dimahukan boleh ada depan mata. Senang-senang masuk dalam genggaman. Kadang dah terpegang pun boleh lepas. Dah datang bergolek pun boleh hilang.

Mana sama setiap orang. Kalau senang bagi kau, susah bagi orang lain. Dan sebaliknya. Kecik pada kau tapi besar nilainya pada orang lain. Dan sebaliknya.


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^