Review Buku: Murtad

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Penulis: Hasrul Rizwan
Penerbit: Buku Fixi
Genre: Aksi


Kisah pasal sepasang kembar, Adam dan Akhil yg datang jauh dari Kedah ke Kolumpoq untuk mencari kerja. Tapi lain kerja yg dicari, lain pulak yg depa dapat. Kerja apa? Pembunuh upahan.

Depa diupah oleh seseorang yg tak dikenali untuk membunuh orang Islam yg murtad. Yang meninggalkan Islam dan menyebarkan fahaman hidup tak bertuhan dorang kepada orang Islam yg lain. Ini cerita aksi.  Ada debar. Ada terselit cinta. Kisah keluarga. Ada humor. 

Semua dialog yg dituturkan Adam dan Akhil dari awal sampai akhir dalam loghat utagha. Sampai la ni lidah aku pun terikut loghat depa. Pasai tu nak bercerita ni pun terkeluaq bahasa depa haha..

Korang mesti akan suka dengan kembar yg sangat hensem, bergaya dan kelakar. Naik kereta sport. Pakaian rasmi dorang adalah kemeja dan kot hitam. Pergi membunuh tu kira macam pergi kerjalah. Kemain pergi membunuh dengan bergaya macam tu. Memang rasa macam tengok filem aksi. Saspen abeh.

Sampai je muka surat terkahir, aku macam..oh tidakkk!! Abes dah? Rasa nak lagi dan lagi...tak puas! 

Apa jadi dengan si kembar tu akhirnya? Sampai bila nak diperanginya orang murtad? Siapa sebenarnya orang yg mengupah dorang? Ada peluang ke pembunuh macam dorang untuk bercinta? Nak tau kena baca.

Kalau hampa suka cerita aksi dan nak cari kelainan, hampa memang kena beli!

Tahniah penulis. Cerita yg best. Tak ada rasa nak sambung? Eheh ;)

Baca bab 1 dan 2 kat sini


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

17 rajin komen:

GOMI JUNG said...[Reply to comment]

heee :) anda pembaca tegar novel ke ???

Unknown said...[Reply to comment]

wah review ni menarik tertarik aaa

cm best je bace cite aksi kan

Nong Andy said...[Reply to comment]

bunyinya macam menarik (tak dengar bunyi sebenarnya sebab baca n3 ni dlm hati hehe)

tapi ada tak terjemahan untuk kata-kata logat depa tu.. sebab mungkin saja aku tak faham sudahnya :p

Cikgu Ma said...[Reply to comment]

dr kedah ke kolumpoq???? mana ada org kedah cakp cmtu...kolumpo la..x pun kl...hehehe

ada ke novel ni?meh akak pinjam

♥ wawawawa ♥ said...[Reply to comment]

wahhh!! cm best! nak bace!

Unknown said...[Reply to comment]

lamenye xbce novel...yg nih nmpk menarik jer

Unknown said...[Reply to comment]

eera....
nampak menarik sangat jln ceritanya ... lain dari yg lain..... baca dari info eera pun rasa cam dah mengujakan......

Dylla Abas said...[Reply to comment]

serius rasa nak pergi cari..jalan cerita dia unik la...lain dari yg lain :)

ஜ miss klanika ஜ said...[Reply to comment]

high five ! hampir semua buku fixi dah baca. tak pernah menghampakan.

widiea azira said...[Reply to comment]

eh menarik lah

Ezad Skytech said...[Reply to comment]

daripada review ni...nampak mcm best je...:D

P.S - agak bz jgk la...last tgk movie pun bulan julai...masa movie the amazing spider man...hee~

Ann Ishak said...[Reply to comment]

menarik2...harus cari buku ni ;D

Anonymous said...[Reply to comment]

Wah menariknye buku tue!!! Nak bace jugaklah...nak pinjam! Hahaha ;)

ghost said...[Reply to comment]

dah ada dalam stok senarai akan dibaca.

kay_are said...[Reply to comment]

lain dari yang lain nampak nye ni.. jarang jumpe cite bunuh2 macam ni..

Rtp Farra Arisha said...[Reply to comment]

Arisha pasti buku yang menarik untuk dibaca kerana jika diikutkan ianya bukan saja bergenre aksi...? :)

Kayu Manis said...[Reply to comment]

teringin juga nak baca..