Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Ego seorang manusia. Ada bagusnya tapi lebih banyak pada yg buruk. Hanya sebab ego, menganggap diri tu lebih baik dari yg lain. Silap sendiri langsung tak nampak. Hanya tau menuding jari. Kecik hati dan bawak diri. Bagi orang macam ni, dia aje yg betul, semua orang salah.
Lebih malang, kalau pihak yg kedua tak tau di mana silapnya. Lebih malang kalau yg bersalah sudah memohon maaf untuk kesilapan yg dibuat. Tapi si hidung tinggi tetap tak berubah hati. Keras dan dingin. Mana dicampak rasa hormat dalam diri? Kalau ada silap di mana2, kan lebih baik berterus terang dari terus bermusuhan.
Sangat menyedihkan bila dua orang yg saling kenal berpaling muka dan membawa diri. Sangat menyakitkan bila orang yg pernah dikenali tak mahu sedikit pun berhenti dan berkalih apatah lagi senyum walau untuk sesaat dua.
Tak ada manusia yg sempurna. Tak ada. Sebab tu lah kalau ada terasa hati dengan sesapa pun, jangan simpan lama2. Mungkin dia tak berniat pun. Cuba pikir dan muhasabah diri. Kita pun pernah sakiti dia. Kita manusia tak sempurna.
Manusia ni memang aneh. Keanehan tu la yg buat hidup ni penuh warna warni. Ada yg mampu tersenyum saat dia dilukai. Ada yg terus ketawa sembunyikan tangis. Ada yg menyimpan marah bertahun-tahun lamanya. Ada yg cepat terasa dan merajuk mintak dipujuk. Mengada.
Walau apa pun yg terjadi, berdamailah. Simpan marah lama2 buat apa. Kita hidup pun kejap je. Entah esok lusa ajal menjemput, mana kita tau. Memaafkan dan melupakan kesilapan orang pada kita memang susah tapi tak mustahil kan? Cubalah kalau nak rasa kemanisannya.
Muhasabah lah diri. Kat mana kita sebenarnya?


















