Manusia ego

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ego seorang manusia. Ada bagusnya tapi lebih banyak pada yg buruk. Hanya sebab ego, menganggap diri tu lebih baik dari yg lain. Silap sendiri langsung tak nampak. Hanya tau menuding jari. Kecik hati dan bawak diri. Bagi orang macam ni, dia aje yg betul, semua orang salah. 

Lebih malang, kalau pihak yg kedua tak tau di mana silapnya. Lebih malang kalau yg bersalah sudah memohon maaf untuk kesilapan yg dibuat. Tapi si hidung tinggi tetap tak berubah hati. Keras dan dingin. Mana dicampak rasa hormat dalam diri? Kalau ada silap di mana2, kan lebih baik berterus terang dari terus bermusuhan.

Sangat menyedihkan bila dua orang yg saling kenal berpaling muka dan membawa diri. Sangat menyakitkan bila orang yg pernah dikenali tak mahu sedikit pun berhenti dan berkalih apatah lagi senyum walau untuk sesaat dua. 

Tak ada manusia yg sempurna. Tak ada. Sebab tu lah kalau ada terasa hati dengan sesapa pun, jangan simpan lama2. Mungkin dia tak berniat pun. Cuba pikir dan muhasabah diri. Kita pun pernah sakiti dia. Kita manusia tak sempurna.

Manusia ni memang aneh. Keanehan tu la yg buat hidup ni penuh warna warni. Ada yg mampu tersenyum saat dia dilukai. Ada yg terus ketawa sembunyikan tangis. Ada yg menyimpan marah bertahun-tahun lamanya. Ada yg cepat terasa dan merajuk mintak dipujuk. Mengada.

Walau apa pun yg terjadi, berdamailah. Simpan marah lama2 buat apa. Kita hidup pun kejap je. Entah esok lusa ajal menjemput, mana kita tau. Memaafkan dan melupakan kesilapan orang pada kita memang susah tapi tak mustahil kan? Cubalah kalau nak rasa kemanisannya.

Muhasabah lah diri. Kat mana kita sebenarnya? 




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Roti Helikopter

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Roti tisu. Aku ada orang panggil roti helikopter. Comel jugak nama tu. Boleh tahan suka la tapi tak boleh makan selalu sebab manis. Masa panas sedap la bila dah sejuk jadi muak. Yola bosa bona!

Korang suka tak? Kalo korang suka makan, hati2 la ye. Aku dengar roti ni agak bahaya. Pernah terjadi masa makan, roti tu tiba2 terbang. Yela kata helikopter. Dia landing atas pinggan tu kejap je tu hehehe..




 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Ayam panggang golek Pantai Dalam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Masa zaman dolu2, masa aku kecik lagi. Eh tak kecik sangat la kira masa skola rendah la. Abah selalu bawak pergi makan ayam panggang golek dekat Pantai Dalam, kat Kerinci. Kedai tu selalu ramai orang. Masa aku pergi baru2 ni, dah cantik kedai dia. Dulu mana bertutup. Brape tahun tak pergi berubah la kan. Tapi wujud lagi kedai tu.

Masa ni baru lepas amik aku kat Hentian Putra. Aku yg memang kelaparan seharian dalam bas dan tak makan memang berselera sungguh ler. Err..kalo dah makan pun aku tetap berselera hehe. Tapi aku tak ratah ayam banyak pun malam tu. Nyesal tau. Penat kot baru sampai. Rasa kenyang pulak bila makan dengan family. Puas dapat tengok muka dorang. Ceh ayat.....

Aku suka ayam dia yg disalut rempah. Sos cili dia pun sedap. Tapi yg baru aku makan ni lain sikit. Agak kering tak berempah macam dulu. Kitorang ambik pakej. Dalam pakej tu ada la ayam panggang, tomyam, kerabu mangga, khailan ikan masin, telur dadar dan 4 pinggan nasi. Tapi nasi tu opkos kena tambah la sampai jadi berpinggan pinggan hehehe



Adik yg tak padan dengan badan kecik tapi abes segelas fresh orange kat dia sorang. 





Nasi + ayam panggang. Adeh teringin nak makan lagi la. Carrot tu saje aku curik letak dalam pinggan aku buat hiasan. Comel je tapi mana boleh lawan Bro Remy bab2 menghias makanan ni hehehe..



Yang ni kerabu mangga. Aku rasa tak sedap tapi mak cakap sedap. Kerabu mangga memang peberet aku tapi yg ni tak kena dengan tekak kot. Suka yg mak buat lagi.


Nasi ayam adik yg tak abes. Tangki kecik macam tu la. Ayam tetap ayam panggang. Yummeh!!


Tiap kali balik rumah macam ni la. Abah memang suka jamu anak2 dia. Masak macam2, bawak keluar makan. Kalo adik laki aku balik cuti pun macam tu. Macam mana aku nak kurus? Lepas tu dia jugak yg kutuk aku bila nak kurus. Sabo je la. Comel kan abah hihihi...




 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Himpunan Sejuta Belia dan Jom Heboh Putrajaya 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Cite dah basi. Tapi sekarang baru sempat nak cite nak wat camno kan. Baco jo la hehehe. Kebetulan masa aku balik rumah sekejap 2 minggu lepas ada pulak Himpunan Sejuta Belia dengan Jom Heboh kat Putrajaya. Saje la pegi meramaikan tempat yg dah cukup sesak tu.


Dekat sejam tunggu nak masuk parking. Kalo boleh nak patah balik je tapi mana boleh. Dah nampak tempat masuk parking terlajak pulak. Malang betul. 


Tiba- tiba polis trafik tahan. Ingatkan kenapa la rupanya nak mintak tolong. Ada kereta rosak enjin tak boleh hidup. Pahtu dorang buat la macam kat atas tu hah. Nasib abang polis tu kacak. Walopun lama gak kena tunggu tapi boleh jamu mata. Auww auwww.. Dia yg tolong kitorang cari parking. Bagus2.


Tengah jalan ternampak pulak kete ni. Fuiyoo kete bawak kasut. Sambil jalan amik gambo tu yg buruk benau gambo tu. Henset pun cikai je. Kita mana ada DSLR hehehe. Tak tau la apa yg menarik kat Himpunan Sejuta Belia tu sebab pegi pun dah petang. Tarapapa la jawabnya. Booth TV3 suku pun banyak dah tutup.




Booth Hari Belia. Booth disepanjang jalan. Tak masuk pun. Dah nak malam takde mood haha..


Adik dengan trumpet dia. Trumpet ni la yg buat bising kat sana. Dekat tempat lapang tak pe la. Sekali balik rumah dia asik tiup je aku pun jadi sawan. Bila marah  bukannya paham budak ni. 


Sasuke Malaysia. Game yg main panjat2 kalo jatuh masuk dalam air. Ah buat2 tau je la. Bila tengok ni teringat Lets Go Dream Team dekat Channel KBS 391. Sape penah tengok dia tau la.




 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Antologi Jiwa Kacau terbitan Alaf 21 hasil gabungan lima novelis



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Antologi JIWA KACAU hasil gandingan bersama Novelis hebat Dhiya Zafira, Lynn Dayana, Elee Mardiana, Salina Salleh dan AttOkz Dikulgai.


Bagi yg suka genre thriller, boleh la cuba. Dapatkan di pasaran sekarang! Hanya RM22.00.

Boleh juga beli terus dari penulis di Facebook mereka. 





Ni bukan iklan. Ni CONTEST. KLIK kalo mau tulun ;)


 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Provokasi


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sabar. Sape yg masih mampu bersabar bila diprovok? Sape yg dapat tahan kemarahan bila dicabar? Orang yg kuat adalah orang yg mampu menahan amarah dan tangisannya. Betul la kan?

Tak ada la silap sikit naik angin. Susah sikit nak menangis. Kekuatan tu ada dalam diri. Cuma nak atau tak nak gunakan aje. Cuba la cari.

Definisi provokasi: perbuatan untuk membangkitkan kemarahan; tindakan menghasut; penghasutan; pancingan


Bak kata member aku yg suwit: 

Jangan layan bila diprovok. Tujuannya nak buat kita marah. Lagi kita marah lagi dia suka (Aqilah, 2012).


Hari tu aku dengar ceramah pasal husnudzon (sangka baik). Kata penceramah tu, sangka baik la dengan semua orang. Anggap orang tu lebih baik dari kita.

Provokasi. Sama ada saja2 nak bergurau-mesra-ala-gaya-terlampau atau memang ada PHD aka perasaan hasad dengki. Lebih baik jangan layan. Kontroversi nanti. 

Tak boleh nak dinafikan yg lalat lebih suka hurung bangkai dan taik. Ada ke lalat suka benda wangi?


ps: melatih diri bersabar dan bersangka baik... 




 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^