Najwa Latif Duta portal e-pembelajaran UniCLIQ

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Baru-baru ini, penyanyi remaja yang semakin popular dengan lagu ‘Kosong’, Najwa Latif telah dipilih sebagai duta rasmi sebuah portal e-pembelajaran, uniCLIQ, khusus untuk pelajar-pelajar sekolah menengah.

Selain berkongsi rasa terujanya, Najwa juga tidak dapat menyembunyikan kebimbangan dan rasa gementar apabila dilantik sebagai Duta Rasmi portal e-pembelajaran milik syarikat uniCLIQ Sdn Bhd.
Sebagai duta rasmi, Najwa telah merakamkan semula dua lagu dari albumnya untuk digunakan sebagai muzik latar di portal uniCLIQ. Selain itu, portal itu juga menyediakan laman blog khas bagi penyanyi ini berinteraksi dengan para pengguna portal dan peminatnya.
Portal uniCLIQ ternyata satu pilihan yang bijak untuk mengulangkaji kerana sistem pembelajarannya yang ‘sempoi’ lagi menyeronokkan. Malah pelajar dapat mengakses uniCLIQ melalui alat tablet android mahu pun iPad atau alatan lain yang mempunyai Internet seperti komputer riba dan lain-lain lagi.
Digelar “Portal pembelajaran luar waktu sekolah”, uniCLIQ dibangunkan untuk kegunaan semua pelajar dalam mempelajari dan mengulangkaji secara dalam talian. Mendapat perakuan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia, kandungan portal ini dibangunkan mengikut Kurikulum Kebangsaan yang ditetapkan Kementerian dan boleh digunakan melalui Internet bila-bila masa dan di mana sahaja di www.uniCLIQ.com.
sumber: MediaPrimaTV

 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Anak sulung Fedtri Yahya

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

“Alhamdulillah… Syukur kepada Allah atas anugerah seorang anak yang sihat sempurna. Isteri saya selamat melahirkan puteri sulung di Hospital Pusrawi Kota Damansara 1050mlm tadi. Bayi 3kg dilahirkan secara normal. 30 April- dapat anak pertama. 1 Mei- lancar buku pertama di pesta buku. * Begitu indah susunan jadual Ilahi. * terima kasih buat kalian yg mendoakan*
-status fb Fedtri Yahya

Fedtri Yahya Gembira Dapat Anak Perempuan

Pengacara lelaki rancangan Malaysia Hari Ini, Ahmad Fedtri Yahya, 30, gembira dan bersyukur apabila isterinya, Nurul Anati Ismail, 26, selamat melahirkan bayi perempuan seberat tiga kilogram pada 30 April lalu.
Bayi sulungnya itu yang diberi nama Indah Sutera Jannah dilahirkan tepat jam 10.50 malam di Hospital Pusrawi Kota Damansara secara normal.
Selain itu, dia juga turut melahirkan rasa syukur di laman Facebooknya kerana di samping menerima kehadiran insan baru dalam kehidupannya, buku hasil karyanya juga turut dilancarkan di pesta buku bermula pada 1 Mei lepas.
Apa pun tahniah diucapkan untuk Fedtri dan isteri ;)

sumber: mynewshub



 Banner
Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

BEN ASHAARI tanya blogger sapa nak ?

BEN ASHAARI
KLIK

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sape sudi nak letak blog ni dalam blog list dia, sila kan lah. Kalo yg pestaim singgah sini, salam kenal ;)

Blog list ni penting untuk promot blog kita kat orang lain. Kalo nampak menarik entri tu, mesti la orang terjah ye dak? Lepas tu kena la update selalu baru senang nak nampak heee..

Sape mau tinggalkan komen yep. Adios. Ciao.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

'Saya tak meniru, cikgu!'

Assalamualaikum dan salam sejahtera.



ps: pening buat fyp @_@


KLIK!!
 Banner



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Si kecil yang comel

Bear yg comel ni nama dia Ros. Ya aku telah memperempuan kan dia. Ayu lagi tu haha.. Comel kan dia? Aku gantung kat beg dan bawak dia ke mana2.

Kenapa Ros? Sebab tuan yang hadiahkan dia namanya Roza. Sape Roza? Kawan baik aku la. Yang penah jadi teman sebilik dan serumah. Makan sepinggan minum secawan. Ahah over plak. Tapi betul ape. Jangan tak tau aku ni romentik orangnya. Kah3 puji diri :p

Dah baca cerita kontot aka cerkon aku 'Mawar Hitam' tu? Thanks pada yg sudi baca. Komen dan pendapat  korang dialu-alukan. Sempat lagi lepas gian menulis. Padahal banyak keje. Maklumlah lagi sebulan je lepas tu final exam dah.

Doakan aku dapat bereskan apa yg patut. Dan semoga korang dapat buat ape yg dirancangkan. Moga Allah beri kita kekuatan untuk berjuang.. InsyaAllah. Ok ciao. Adios. Wasalam ;)


posted from Bloggeroid

Mawar hitam

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Ini cuma rekaan. Takde kena mengena hidup dan mati.



Aku nekad. Kali ni betul nak hadiahkan dia sesuatu.  Aku buka almari. Aku jumpa apa yang dicari. Aku bawak keluar. Tersenyum memandang ia. Dalam mata terbayang seraut wajahnya. Teringat pula kata-kata yang selalu dibisikkan pada ku...dulu. Ya, aku kena beralah. 

" You segalanya buat I. Hidup dan mati I cuma you".

Ya sayang aku tau. Sebab tu lah aku nak pergi cari kau sayang. Menghangatkan kembali cinta yang hampir terpadam. Tunggu ya sayang. Aku bawa sesuatu yang kau takkan sangka. Aku ketawa. Mana henpon? Oh kat situ. Tekan2 dan..hah angkat pun. 

" Ya sayang. Kat rumah la. I pun rindu you. You tak marah lagi kan? Ok I tunggu".

************


Aku bukak pintu rumah yang tak berkunci tu. Mana dia? Aku cari di bilik. Mandi rupanya. Mandi lah sayang. Segarkan diri kau sebelum kita bersatu. Aku kunci pintu dari dalam. Ah sayang aku rindu! 

"Eh, kenapa you masuk? Kenapa tak tunggu kat luar?"
"Tak boleh. I tak sabar nak jumpa you. Jom sayang!"

Aku hampirinya. Dia macam serba salah. Buruk sudah ke aku sampai dia macam menjauh. Mungkin dah benci kan aku selepas...ah sudah! 

"Nak ke mana?"
"Tentulah ke syurga sayang.."

Sini sayang. Ku hulur tangan. Perlahan dia dekati aku. Dia sudah di depan mata. Nafasnya pun aku boleh rasa. Ah inilah masanya. I sayang you. I bawak sesuatu untuk you. Aku berkata sambil tangan cuba mengeluarkan hadiah. Pejam kan mata wahai sayangku...

"You nak bagi apa? Mesti special kan".

Aku tersenyum manis. Ini! Ini yang aku nak bagi! Kau suka?! Kemarahan ku mendidih. Sambil menjerit, tanganku laju menghentam objek yang ku bawa tadi itu ke dadanya, tepat ke jantung.  Aku nak lubang-lubangkan jantung dia. Aku nak lapah daging manusia pengkhianat ni. Sampai hancur haha..  

Darah memancut tempias ke muka aku. Matanya terbeliak. Nafasnya laju. Dadanya berombak kencang. Ah tak mati lagi? Ambik ni. Biar mati cepat. Aku hentak2 objek tu ke perutnya pula. Banyak kali. Ku lalu kan pula objek tu di sekeliling wajahnya. Kacak tapi sakit aku memandang. Ku tekan lebih dalam. Kalau aku tak dapat kau, betina tu pun tak boleh tau? Haha...!!

************

Sayang, bangunlah. Jangan tinggalkan I. Aku goncang kuat bahu dia. Aku menjerit panggil nama dia tapi dia langsung tak respon. Menangis. Aku ramas rambut. Aku buntu. Ku pegang dada. Sakit sangat. Ku renung kedua tanganku yang merah. Inikah pengakhiran cinta kita? Aku teresak-esak.  Kita dah janji nak sehidup semati kan sayang? Aku tak sanggup memungkiri janji kita. 

*************

Terlalu penat, aku baring disebelah tubuhnya yang bermandikan warna merah. Ku usap rambutnya sambil menyanyi lagu kegemaran kami. Tidur ya sayang. Mimpikan aku. Aku senyum. Mata terasa berat. Cecair di pergelangan tanganku masih mengalir. Aku cinta kau sayang!



ps: Aku tak mati lagi sayang. Lepas ni DIA pulak hahahahahaha ............


KLIK sini sayang haha!



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen sayang ^___^