Tips: 10 cara pilih tudung yang sesuai

comelnye la dia ni..

>>Pilih tudung daripada fabrik yang sesuai seperti kain kapas, kain kasa (bawal), jojet dan laycra.

>>Kalau memilih corak berbunga besar, padankan dengan baju yang berwarna garang dan polos.

>>Kalau pakai baju yang bercorak atau berbunga, padankan dengan tudung dari warna yang paling sikit di baju yang dipakai.  

>>Bagi yang berkulit kuning langsat, pakai tudung dari warna biru, lavender dan pink. Elakkan warna hijau dan kuning supaya tak nampak kusam.

>>Bagi yang berkulit putih, pilih tudung yang berwarna hijau, ungu dan lavender untuk nampak lebih segar. Elakkan warna pink supaya tak nampak pucat.

>>Bagi yang berkulit sawo matang, pilih tudung warna hijau dan kuning supaya nampak lebih cerah. Elakkan warna kelabu gelap supaya tak nampak kusam.

>>Bagi yang berwajah bulat, pilih tudung yang bercorak kecil dan tak penuh supaya muka tak nampak penuh dan tak terurus.

>>Untuk tampil lembut, ceria dan  berkeyakinan, pilihlah tudung polos atau kosong yang berwarna cerah.

>>Tudung yang berwarna gelap dan kusam akan membuat si pemakai lebih berusia dari umur sebenar.

>>Elakkan pakai tudung yang sedondon dengan warna baju.

ps: yang penting nawaitu ;)

Kini Kembali

salam.

wah..seminggu dah tak bukak blog. rindu banget...hehehe...
aku baru sampai di bumi ponyu monangih ni subuh tadi.
semangat nak hapdet begitu membara dalam diri masa dalam bas malam tadi.
tapi bila sampai..semangat nak qada' tido tu lebih tinggi..ngahahaha...

sampai je bilik, abes barang aku kemas. segala habuk yang ada atas meja semua aku dah lap.
baju yang gantung hari tu dah lipat.tak tido langsung sebab takot tak bangun kelas kul 8.
semua aku setelkan ngan azam nak tido lepas kelas abes kul 10..
jet lag la kata kan..hahaha

em...cam tak ada mood lagi..
roh aku masih kat rumah..
ok nak makan mee sedap..
itadakimasu ;)


 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Blogging dapat duit ke?

Salam.

Ada member aku tanya, betul ke blogging dapat duit? bila aku cakap ya, punya la eksaited muka dia. mungkin bagi dia, duit tu senang 2 je nak masyuk. padahal..hehe..yang dah top tu boleh la dapat. yang baru nak hidup macam aku ni..tak merasa lagi setakat ni.

tak pernah lagi dapat BE dari nuffnang. wuwuwu.. yang aku selalu dapat hadiah dari segmen atau contest yang aku join je la. tu pun kemain lagi seronoknya. al-maklum la. tak pernah nak dapat hadiah senang2 macam tu je. hihi..

duit. mesti la nak! tapi cer kita tolak tepi dulu pasal duit. cer pikir balik sebab apa kita buat blog. kalo aku dulu sebab suka. sebab boleh tulis pape. kat pesbuk tak boleh buat esei 700 patah perkataan kan.

walopun tak pernah lagi dapat hasilnya (nuffnang kecian kan la saya..hehe).. tapi puas je berblog. sebab dah minat kan. kalo kita buat benda yang kita minat, kita akan rasa puas. rasa hepi. tak kira la orang suka ke tak. orang nak kutuk ke. nak serang ke. orang kata buang masa ke.

yang penting, blog ni tempat aku simpan banyak kenangan, kongsi pengalaman dan boleh je nak membebel ke, berjiwa-jiwa ke, bergurau senda ke..err..hehe..boleh la buat kenang-kenangan di hari tua..haha ;p

soal dapat duit tu..tengok la kalo ada rezeki. tapi sure la kena usaha lebih kan. semangat kena kental dan pejal. nak dapat hasil bukannya sekelip mata. 

tapi sure la minat tu mesti ada. kalo tak, tak jalan la kerja apa pun...


ps: tak sempat nak terjah awak2 yang baru masuk sini especeli yang dari segmen Lulu tu. nanti aku terjah korang ek ;)



 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Hohoho...balik kampung!


Salam.

tak sempat nak update pape. buat keje sikit tadi. dan BW balas kunjungan di hari raya yang mulia ini. 

dalam dok kelam kabut ni (ye ke), ni je la yang sempat aku tulis.

malam ni aku nak balik. naik bas pukul 10. naik sani express ke Kajang. ohh..tak sabar gila wo nak sampai rumah besok. besenya pukul 6pagi sampai.

pukul 6 jap lagi aku gerak pi stesen bas. dah janji ngan pakcik van yang tak hensem. barang satu ape pun tak kemas lagi ni. ngan beg pun berhabuk lagi.agagaga....ok la aku nak pi mandi.

just doakan perjalanan aku lancar dan selamat. tu je. ok bai. ;)

ps: mungkin aku tak ada sepanjang cuti ni. nak berehat bersama famili (bajet ni)..jangan rindu aku (sekali lagi bajet)....



 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

"SEGMEN | Lulu Caldina Ajak Blogwalking"

KLIK


jom blogwalking..
maju la blog untuk negara..
(>_<)



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

'Sila cuba lagi'

salam.



aku punya la tengah fokus dok siapkan assignment. tiba2 aku terdengar orang mengeluh. punya la kuat. aku pun toleh. oh..cik Ungu (cu) rupanya. dia kawan baik aku. sebab tu die ada dalam header. hehe ;)

aku: kenapa cik ungu? cam ada masalah je.

cu:: memang pun. melambak-lambak masalahnya. tension la.

aku: cer citer..cer citer.mana tau aku boleh tambah masalah ko.err..boleh tolong ko.

cik ungu dengan nada sedih lagi sayu tahap drama hindustan pun mula la berhikayat. 
rupa2nya cik ungu punya markah test punya la teruk padahal cik ungu ni rajin tahap gila la study.

aku:ala..ko ni.lek lu..huhu (kejam sungguh aku).

cu: malang doh nasib aku. apa yang aku buat semua tak jadi. padahal cam nak mati tau aku buat. aku pun tak tau napa malang sangat aku ni (sambil menghembus hingus kat hujung lengan baju).

aku:ala ko ni..small the matter. ko kena la usaha lagi. gagal sekali tak kan selamanya gagal. at least ko dah berusaha kan. ko tak ingat ape ostad cakap? ko kena la banyak sabar. 

cu: aku tau. tapi banyak kali kan dah cuba.

aku: meh dok sini (sambil tepuk katil). ko kena ingat. apa yang berlaku ada hikmahnya. mungkin ko rasa apa yang ko dah buat tu dah cukup bagus. tapi mungkin tak pada pandangan ALLAH. atau mungkin ada silap kat mana2 yang ko tak nampak. mungkin jugak ALLAH nak uji ko. nak ko berusaha lagi. tak baik tau cakap diri ko malang. ALLAH dah tau apa yang terbaik untuk ko. takkan DIA saja2 nak aniaya ko. mesti ada sebab. apa yang berlaku tu ada sebab.ko paham tak ni?

Cik Ungu terangguk angguk sambil menunduk.

aku: hah..kalo cam tu aku nak bagi tau good news.

cu: apa die? (terlompat -lompat cam budak terencat akal. kartun betul).

aku:emm..aku dapat hadiah tadi. ada orang bagi. meh tengok sini. aku dulu mana la bernasib baik senang2 orang nak bagi hadiah. sekarang selalu je (muka riak). rezeki..mana tau kan..

...........

>>kitorang saling tampar menampar lepas tu. cik ungu tak sedih2 dah. aku bagi jampi serapah bagai. hehehehe...


ps: thanks kalo ada yang baca abes. sori panjang la pulak ;)



 
 Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^