Setelah banyak jalan aku lalui
Menempuh semua ribut petir
Melukis tawa dan tangis
Waktu beralih,
Alam dewasa aku sentuh
Rupanya aku masih yang dulu
Masih memeluk teddy bear kecilku
Menangis terperuk di sudut bilik
Terima kasih,
Pada rasa kecewa itu
Aku dipatah-patahkan
Hingga yang tersisa cuma
Sabar yang ku kira ada batasnya
Terima kasih,
Pada sepi yang masih belum mahu
Melepaskan rangkulan eratnya pada ku.
3 rajin komen:
rasa kecewa yang diteman sepi itu cuma akan mengingat-ingatkan kita di mana keberadaan kita dahulu.
tak habis lagi eara masalah tu? ckuplah tu.. mulakan hdup baru.. yg lepas biarkan lepas.. Allah ada bersama eara..
Moga tuan blog tabah hadapi semua ini dn bsa bgun semula...berkata kata mmg mudah, tpi yg menangung itu sj yg tahu...
Post a Comment