Jom Heboh Terengganu 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Jom Heboh tahun ni dibuat kat Stadium Gong Badak, Kuala Terengganu. Dekat aje la dengan kampus. Aku pun sanggup la meredah panas yang dah rasa macam kena panggang atas api tapi tak rentung pulak. berpeluh aje. Tak beli pape pun tapi ade la bawak larik 2 guni stok makanan.  




Harimau pun nak jom heboh ok..pesal tah aku tak ade nampak artis pun. tak respek aku betul. aku pun sanggup mencemar duli tau. penat berjalan sampai nak tercabut bulu kening, aku ngan member berhenti la kejap kat booth Al Kuliyyah. masa sampai tu, ada orang tengah nyanyi2 buat persembahan. sapa tu?


Oh rupanya Asyraf dan Syafiq Hady dari kumpulan nasyid Nur One. kenal tak? aku pun baru kenal. sebelum ni penah la dengar 1 lagu dorang. hensem tau Asyraf tu. suwit je. untung dapat tatap secara live hihi. suara tak yah cakap la. sedap tau.  pasal dorang cite nanti la. next entry!


Terserempak pulak dengan Linda Onng (kat Ganu kan so ada dengung kat hujung) kat booth Politeknik. Pestaim lalu jeling2 je kat booth tu. Kali kedua, ada orang panggil. rupanya Linda Ong. dia ajak aku bergambar pulak. aku baru nak balik. emm tak pe la jap je pun. takut Linda terkilan pulak.



 Banner

Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

5 bala akhir zaman


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dalam sebuah hadis direkodkan oleh Ibnu Majah, Nabi Muhammad menceritakan yg maksudnya:

"Lima bala akan terjadi pada akhir zaman dengan sebab 5 perkara:

1. Penyakit yang tiada ubat dengan sebab banyak berlaku zina.

2. Susah mencari rezeki, harga barang naik dan banyak berlaku zalim kerana ramai peniaga yang menipu.

3. Berlaku kemarau kerana ramai yang tidak mengeluarkan zakat.

4. Musuh Islam menguasai umat Islam kerana umat Islam mungkir janji kepada Allah.

5. Berperang sesama sendiri menyebabkan rakyat membiarkan pemerintah meninggalkan hukum Islam."


ps: Jangan lupa Earth Hour 8.30- 9.30 malam ni. Tutup semua elektrik. Sejam je!


 Banner


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Skizofrenia- kegagalan fungsi otak


SIAPA sangka pemenang hadiah Nobel, John Nash dari Amerika Syarikat (AS) yang juga seorang individu genius dalam bidang matematik merupakan penghidap skizofrenia selama tiga dekad. Namun, selepas tiga dekad berjuang melawan penyakit tersebut, Nash akhirnya berjaya pulih seperti sediakala dan menjalani kehidupan normal seperti manusia biasa.

Cerita di atas membuktikan bahawa pesakit skizofrenia boleh disembuhkan. Pesakit berpeluang menjalani kehidupan normal meskipun terpaksa mengambil masa bertahun-tahun lamanya.
Skizofrenia sebenarnya adalah satu penyakit kronik, teruk dan merupakan masalah kegagalan fungsi otak. Pesakit skizofrenia biasanya mendengar suara yang tidak didengari oleh orang lain atau mempercayai orang lain sedang membaca dan menguasai pemikiran mereka, mahupun cuba mencederakan mereka.
Keadaan ini biasanya menimbulkan ketakutan kepada pesakit. Mereka yang menghidap skizofrenia selalunya bercakap perkara-perkara yang tidak masuk akal, duduk tanpa bercakap atau terlalu banyak cakap selama berjam-jam, atau kelihatan baik sehinggalah memperkatakan apa yang mereka fikirkan.

Gangguan ini dikaitkan dengan ketidakseimbangan unsur kimia tertentu dalam otak yang dipanggil neurotransmiter. Jika kimia yang membantu sel saraf berkomunikasi dengan otak ini terjejas, maka ia akan menyebabkan berlakunya pelbagai kemungkinan termasuk simptom penyakit mental.
Keadaan ini boleh menyebabkan berlakunya perkara-perkara negatif seperti bapa sanggup membunuh anak, anak membunuh ibu dan sebagainya yang mana berita-berita tersebut boleh kita baca dan tatap di dada-dada akhbar.
Bagaimanapun, skizofrenia biasanya sering dialami oleh kaum lelaki berbanding wanita atau dalam erti kata lain, kebarangkalian lelaki menghidap penyakit ini adalah lebih tinggi.
Mengikut kajian, lelaki akan mula menghidap penyakit ini dalam usia 20 tahun hingga 28 tahun manakala wanita pula pada usia 26 tahun hingga 32 tahun. Ini merupakan peringkat awal bagi penghidap penyakit skizofrenia. Justeru jika tidak dirawat lebih awal, ia boleh membawa kepada akibat dan kesan yang buruk.
Di Malaysia, masyarakat masih memandang hina terhadap pesakit skizofrenia yang sering digelar sebagai 'orang gila'. Justeru, penghidap skizofrenia sering terpinggir dalam masyarakat. Kehadiran mereka tidak dialu-alukan malah menganggap akan mendatangkan bahaya.
sumber: KosmoOnline





                                              Banner



Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^

Tudung Bawal Online dan mini giveaway!

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

INI ADALAH STICKY POST. SCROLL KE BAWAH UNTUK NEXT ENTRY :)

Nur Kasih Hijab ada menjual tudung bawal online. Tudung bawal ala Aidijuma 2 tone dan 3 tone yang semakin popular masa kini. Harga berpatutan dan kain yang berkualiti. Ada banyak pilihan warna yang menarik.

 
Bawal 3 tone (cerah di tengah)..1 pcs RM18


 
Bawal  (2 tone)..1 pcs RM 15



Bawal campur RM20


3 tone Rm18





Bawal printed..1 pcs rm15


Bawal sulam RM35

Berminat? Banyak lagi pilihan di Nur Kasih Hijab Facebook <<------ KLIK

Harga amat berpatutan. Setiap harga yang dipaparkan tak termasuk postage. Tambahan RM6 untuk Semenanjung dan RM9 Sabah Sarawak. Beli 3 dan ke atas dapat FREE POSTAGE. Beli banyak harga boleh runding :)

PERHATIAN: 
Nur Kasih Hijab bercadang untuk mengadakan mini giveaway. Hanya 3 tudung ala aidijuma untuk direbut!!

Syarat? 
# Cuma nyatakan di komen sebab apa anda mahukan tudung Aidijuma. Tak payah buat entri.
MESTILAH like fanpage Nur Kasih Hijab dan Masterpiece.
Senang je kan? 3 Pemenang akan dipilih oleh Nur Kasih Hijab.

Pihak penganjur berhak menolak penyertaan anda jika tak memenuhi syarat.

Tarikh tutup contest: sebelum 1 April 2012.

Apa lagi jom lah join :)

******ditutup******






Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Blog berwajah baru mulai April

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Blog akan mula bertukar rupa mulai April. tapi aku dah tekan dulu. huaaa tak best la cengini. pesbuk bertukar, semua nak bertukar. ingat power renjes ape main tukar2.


save image

rupa dashboard pun dah lain. pelik la. poning palo den nengok. eh sape dah tertukar dan menyesal macam aku ni, ada cara nak tukar balik yg asal. klik old blogger interface je kat dashboard tu. tak paham? mai tengok SINI la..



 Banner
meh klik sini


Raksasa lawan atromen, dah baca sila la komen ^___^