Selagi masih berdenyut

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

bila pegang dada, dapat rasa denyutan, rasa lega. bersyukur sebab ia masih berdenyut lagi. bila masa ia akan berhenti, mana mungkin kita tau. tapi bersediakah kita untuk menghadapi saat itu? saat tu sangat dekat dengan kita, tapi kita masih menyia-nyiakan waktu.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa dan tempatkan ahli keluargaku yang sudah pergi di kalangan hambaNya yang mulia. Al-fatihah buat arwah Izwan Pilus.


ps: hari ni aku balik rumah. lama kot aku cuti. aku akan jadi chipsmore jap. mungkin tak berapa nak BW yek ;)



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Si payung merah..kita jumpa lagi!



Jalan raya nampak sesak hari ni. Tambah pulak hujan lebat. Menunggu bas yang tak nampak lagi batang hidungnya. Eh, mana pulak datangnya hidung bas. Hehehe…aku tersengih sorang-sorang. Aku hulurkan tangan, saja nak merasa air hujan. Sejuknya..aku pejam mata, teringat cerita lama. Aku terus pejamkan mata….

……………..(setahun lalu)…………………….

Betul hujan lebat sangat ni. Kenapalah lupa bawak payung ni alahai.. macam mana nak melintas, kena jugak ke redah hujan ni. Aku dah la berbaju kurung. Tapi nanti kalau bas sampai susah pulak. Ah, bus stop seberang tu je hah..angkat kain, lari!!

‘Nak melintas ye?’

Aik, pokok kat sebelah ni boleh bercakap ke? Aku toleh sebelah takut-takut, err..ada orang. Lebih tepat lagi seorang lelaki tinggi lampai berbaju biru kotak-kotak, berseluar hitam dengan payung merah. Dia tersenyum.

‘Jomlah sekali. Saya payungkan’, senyum lagi. Indahnya ciptaan Tuhan. Weee..

Kata orang rezeki jangan ditolak. Kami berteduh dari hujan, sama-sama menyeberang jalan yang tak pernah sunyi dengan kenderaan tu. Oh terima kasih payung merah!


Bus stop ramai orang sebab yang tak menunggu bas pun tumpang duduk, menunggu hujan berhentilah tu. Masih boleh menyelit, aku pun meletakkan tubuh di sebelah seorang wanita. Aku angkat muka, pandang dia. Dia hanya berdiri, merenung jauh ke tengah jalan.

Tiba-tiba dia menoleh. Dan tersenyum lagi. Dia kemudian menegurku dan kami pun berbual. Aku dari mana, nak ke mana, aku buat apa..macam-macam lah. Aku suka kata-katanya. Aku nampak keyakinan dalam matanya. Dia nampak baik. Entah kenapa aku rasa macam tu.

Eh, bas yang aku tunggu dah sampai. Aku kena pergi ni. Pada si payung merah aku mintak izin pergi dulu. Cepat-cepat aku bangun. Sampai kat tangga bas, aku terdengar suara memanggil. Dan aku toleh..

‘siapa nama awak?’, si payung merah baru teringat nak tanya agaknya.

‘Ayu’, jeritku nak melawan bunyi hujan dan enjin bas. Dan cepat-cepat aku panjat tangga bas.

Dari atas bas, aku masih lagi memandang wajahnya. Dia cuma tersenyum melihat bas aku pergi. Tak ada lambaian selamat tinggal. Dan wajahnya semakin jauh dan menghilang. Dan itulah kali pertama dan terakhir aku melihatnya. Si payung merah….

…..............

Bunyi percikan air dari atas jalan buat aku tersedar. Jauhnya melamun. Hujan pun dah makin reda. Aku terperasan yang baju yang ku pakai sedikit terbasah. Hisy, rasa nak sumpah je kereta tadi jadi kura-kura. Tak berperikemanusiaan langsung!

‘Basah? Kali ni pun tak bawak payung lagi?’, ada suara menegur. Ya tau, tiang bus stop tak boleh bercakap.
Lambat-lambat aku angkat muka. Entah kenapa rasa berdebar dengar suara tu. Tapi rasanya tak pernah lupa kan pemilik suara tu.

‘Eh tak lah. Kali ni saya bawak payung. Tengok ni’, sambil tersenyum aku memegang payung merah ala-ala pegang trofi kemenangan. Jumpa lagi kami akhirnya. Dalam banyak-banyak manusia yang ku jumpa, macam mana boleh ada dia?


‘Si payung merah, kita jumpa lagi’, kataku malu-malu kucing.

‘Ayu, dah kawin?’, tanyanya tiba-tiba. Terkejut betul aku. Err..tak sangka nak tanya tu.

Dan aku, senyum tak perlu kata apa-apa. Si payung merah, awak payung hati saya!



ps: nak cuba buat suwit konon tapi cam kaku je kan ahaks!




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Awak..inilah saya


awak saya bukan sombong tapi saya malu.
awak saya tak bisu tapi saya tak petah berbicara.
awak saya tak banyak harta selain dari cinta saya.

awak saya nak berlari laju-laju tapi saya selalu jatuh.
awak saya nak ketawa biar semua orang ceria tapi saya selalu menangis sorang-sorang.
awak saya nak jadi berani tapi saya penakut.


awak saya nak masak macam ibu awak tapi saya masak tak sedap.
awak saya nak jadi kuat tapi saya cepat mengalah.
awak saya nak jadi tulang belakang awak tapi saya sendiri lemah.

saya nak jadi pelangi yang ceriakan hari awak.
saya nak jadi awan yang meneduhi awak.
saya nak jadi angin yang boleh awak rasa walaupun tak nampak.


awak ini lah diri saya..sanggupkah awak terima?



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Classification of mangrove forest in Setiu Wetland using spectroradiometer

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

AMARAN: sangatlah saintifik. tak dipaksa untuk membaca. digalakkan kalo nak tambah ilmu ;)

tudia..tajuk omputih abes kah3. tajuk sebenar panjang lagi. nak cite sikit pasal projek aku. sebagai final year student, aku kena buat research. research aku berkaitan remote sensing. kena amik reflectance daun, guna satu alatan yang dipanggil spectroradiometer. segala data (bacaan reflectance) yang diambik akan terus masuk dan disimpan dalam software yang dipanggil Viewspec. aku test kat daun pokok bakau. kendiannya, baru la buat analisis guna software SPSS. SPSS ni macam statistik la. orang statistik mesti tau ni.

yang kecik tu spectroradiometer..terus connect ke laptop. 



lebih kurang cemni la caranya. tapi aku kena amik jarak dekat lagi ngan daun. 


projek ni buat kat Setiu Wetland. dah kata bakau kan so kena la berendam dalam paya selama 3 hari nanti. sebenarnya keje aku takde la nak masuk paya sangat. kutip daun, dan ambik je data. tapi dah pegi in group kan, kena la tolong geng sama2. dorang tu kena buat plot, kena masuk paya. kiranya 'u jump i jump' la ni..cuma takde kapal Titanic je la. harap2 air surut la..

yang ni bakau minyak. ari tu aku n the geng dah panjat akar dia. lagi tinggi dari ni.
kuat tau tak patah. cam tarzan versi bakau je kan



contoh data (dalam bentuk graf)


bukan kat daun je, spectroradiometer ni boleh amik reflectance macam2 mende. kat batu, kat tanah, daun..sebab semua mende ada reflectance (pantulan cahaya)..



ok la panjang sangat dah ni. saja nak cite. buat simpanan dalam blog. korang bukan paham pun kan hahaa.. kalo ada yang teringin nak buat projek camni (especeli my junior) buat la. kejenye senang je. yang susah nak buat analisis nanti hak3.. boleh pengsan bila tengok nombor2.. 1 spesis je dah ada hampir seribu bacaan. dan aku kena buat 6 spesis.


ps: semoga segalanya berjalan lancar..amin



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Detik debar mengenangkan bini aku tomboy ke dan apa cinta perisa dia?


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ni sangat memenatkan. berjalan kaki di bawah terik mentari ke sana sini. sibuk nak uruskan persiapan nak pi sampling besok. jumpa penyelia, jumpa pegawai sains. 

besok jugak last paper. petang tu terus gerak ke Setiu. Jumaat baru balik. harap takde masalah nak buat research kat sana. harap takde masalah teknikal, masalah cuaca, keselamatan dan kebuluran. and trust me..masalah kebuluran tu la yang paling kritikal kikiki..

Sabtu yang paling ditunggu-tunggu. nak balik rumah tercinta la apa lagi. mood nak study untuk exam dah macam makin kurang. tak sabar nak pi sampling je, cepat siap cepat balik. rindu gila dah kat rumah..

on the way nak balik tadi, terlalu depan Book Garden maka tersinggah la aku dan terbeli la novel guna baucer yang tersalah guna tu hak3..


tak pernah lagi baca novel Eyman Hykal. tak tau best ke tak. saja nak try. eksaited dapat beli novel. lama dah tak membeli. huhu.. pasni nak cari novel RAM, fiksyen 302 dan sutera bidadari...selebihnya tak tau lagi. 


ps: tak sempat lagi nak BW..jangan lupa singgah sini ye bila aku membawa diri nanti ;)



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Blog Pilihan #3

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Buta+Pekak+Bisu=CINTA
KLIK

tuan punya belog ni suka tulis cerpen. kalo korang suka layan cerpen korang mesti singgah blog ni. err..kalo nak berjiwang-jiwang pun boleh. dia kan sentiasa berbunga-bunga. betul tak cik ipah. kikiki..blog ni antara blog terawal yang aku follow dulu. seorang yang peramah. sebab tu aku suka kaco dia kat pesbuk hehe.. 


save image
KLIK

belog yang banyak nasihat, pengajaran dan jugak tips. rugi je kalo tak penah kenal blog ni. dulu aku ingat blog ni blog si cantik. rupanya si kacak hehe.. dia pun suka tulis cerpen. sama la macam jiran dia. sape jiran dia? tu yang kat atas tu jiran dia la 

so apa lagi..serang la depa tu!!



ps: lusa last paper..takleh nak BW sangat la :(

Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^