Masa yang pergi takkan kembali...selamat tinggal 2011



Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^



Assalamualaikum dan salam sejahtera.

hari ni hari terakhir dalam tahun 2011. kalo toleh ke belakang sikit..mengenang kembali apa yang terjadi dari awal tahun sampai la saat ni. banyak kenangan sebenarnya..macam2 kepenatan, kesusahan dan masalah yang aku dah harung.. korang pun sama kan..hidup takde masalah tak thrill la beb!

kenangan manis.... entah la aku pun tak ingat. tapi satu mende je buat hidup aku berubah. BLOG. aku mula aktif blog tengah tahun ni. kalo dulu aku juz update aktiviti sendiri ngan kawan2..masa tu tak kenal lagi blogger2 lain. takde ape yang berubah sebenarnye pun. cuma entah la..rasa seronok je bila ada mende nak buat. tambah2 mende tu kita minat. korang paham la kan..

kenangan pahit..laptop aku rosak! haha...

tangis dan tawa mengiringi hidup kita tiap hari. tu la warna warni kehidupan. kalo senang sepanjang masa,  kita akan lupa diri. jadi leka dan lalai. kita takkan berhati-hati..kita takkan pandai menghargai..

dan kalo hidup ni asik berendam air mata je emm you know..cam tak ada life je haha.. macam mana pun, Allah takkan biarkan kita terus dalam kesempitan. Allah dah kata, setiap kesulitan ada kemudahan.

kalo asik bergumbira je mesti korang kata, ah bosan la..mende sama je ngadap tiap hari. bosan la..tak mencabar la.tak gempak la..



korang semua..selamat tahun baru. aku cam takde feeling je nak sambut new year. yang aku tau umur aku bertambah satu. bila nak kawin ni hoho :p

untuk tahun depan: nak wish good luck untuk yang nak final exam, yang ngah berpeluh-peluh nak siapkan final year project, yang bakal graduate tahun depan... insyaAllah, yang nak tunang, yang nak kawin, yang nak balik rumah, yang berblogging, yang nak menguruskan dan mensasakan badan, yang nak berubah..yang nak macam2 lagi la..

walopon apa yang kita buat, kat mana kita berada, siapa pun kita, jangan lupa asal usul kita. kita berasal dari mak dan ayah kita. dan kita dicipta oleh Allah yang Esa. 

mohon ampun dan maaf kalo sepanjang hidup aku atau selama perkenalan kita, aku pernah menyakitkan hati korang sama ada sedar atau tak, sengaja dan tak sengaje ;)

Selamat tahun baru...moga kita jadi lebih baik..



ps: sambut tahun baru ngan lappy kesayangan aje..





 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Insan paling istimewa


Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Rasulullah SAW paling istimewa. Kehidupan beliau mampu memberi contoh daripada pelbagai dimensi.

Bagindalah pemuda pemalu.
Bagindalah pemuda berani.
Bagindalah contoh di kala remaja.
Bagindalah contoh di kala dewasa.
Bagindalah orang miskin.
Bagindalah orang kaya.
Bagindalah rakyat biasa.
Bagindalah bangsawan mulia.
Bagindalah pemerintah yang sibuk.
Bagindalah orang biasa yang ada masa lapang.
Bagindalah menikahi janda.
Bagindalah menikahi gadis.
Bagindalah berkahwin satu selama 25 tahun.
Bagindalah berpoligami selama 10 tahun.
Baginda berjenaka.
Baginda serius.
Baginda berhikmah.
Baginda tegas.

nukilan: Fatimah Syarha,  Sebarkan Bahagia


ps: tak sempat nak bermanja ngan belog hari ni...mood final exam dah tiba, ngan lab report dan esaimen yg kena anta...goodluck kat semua yang bakal hadapi final exam ;)


 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Blog Pilihan #1



Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

seperti yang dijanjikan dulu (eh bila masa aku janji) aku ada cakap nak buat segmen review blog kan. bukan la review sangat. just nak share a few blog yang menarik, tertarik dan da bomb.. yang wahhh gitu hahaa..

kiranya dalam seminggu 2 blog akan dipilih. pilih je la mana2 tanpa menggunakan random.org. nak bagi adil, 1 blog laki, 1 blog pompoan. maaf, blog les dan gay tak terpilih. 

mari kita tengok sape yang kena.. baling dadu sikit..


coretan hati kartun

cik kartun (ck)

berasal dari kajang dan gila...gila purple la. ck ni kira jiran aku la. dia rajin update dan BW. kenapa nama dia kartun? entah mungkin perangai dia cam kartun haha..tak baik la aku ni. tu korang kena tanya dia la. dia ni peramah. sentiasa bermanja-manja dan bergurau senda bersama peminat. haha


!!! satu perjalanan
belog remyhazza

Ni bukan remy ishak. bro remy ni suka memenuhkan shoutbox teman sebab dia memang suka kacau teman. teman tau dia sebenanye teringin nak belanja teman makan. dia kejam sebab teman jadi lapar bila masuk blog dia. tapi semenjak dua tiga empat menjak ni asik update pasal orang kawin je. ade pape ke bro ;)

apa lagi terjah la... (KLIK header)


 ps: aku tau tak macam review..phewww -_-


Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Enable access??



Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

save image 
nape ek ade sesetengah blog tak leh masuk..

korang yang folo tu tinggal la link k.. boleh  la aku nak usha korang...

tak tukar lagi kotak jerit yang baru..malas la ;(



ps: akhirnye ong bak rindu dah leh download OMBAK RINDU full movie

 
Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kejutan hari lahir




Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Surprise!! wah terperanjat mak bila orang buat surprise befday party tetiba. aku sendiri tak ingat hari ni hari lahir aku. sibuk sangat agaknya sampai aku lupa tarikh penting dalam hidup aku ni haha..


aku baru 2 tahun

****

pang! eh..tetiba pipi ditampar angin. aku bermimpi rupanya..ah kuciwanya!!

haha berangan je lebih. korang penah ke ada yang buat surprise cemtu. aku teringin la.. aku tengah sibuk berblogwalking. tak ingat tarikh hari tu. tetiba orang ketuk pintu bilik. Shera...hepi befday!! sambil bawak kek 3 tingkat.

tapi aku tak penah lagi lupa befday aku. sejam sebelom 24 februari aku akan cuba buat tak tau padahal aku dok tunggu orang wish haha macam ape ntah.

tahun depan orang wish aku nak buat2 lupa la. eh..befday aku ke..?? aku pun tak ingat.. ceh konon terharu la sekali takde yang ingat aku yang haru.

bajet aku artis la ada yang nak wat seprais..


ps:  entri merapu sebelum tido..nak tido awal..sok pagi kul 10 ada test ;)




Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^

Kisah cinta pohon epal



Masterpiece fanpage.Silalah LIKE. arigatou ^^

Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Suatu ketika, hiduplah sebatang pohon epal besar dan kanak-kanak lelaki yang suka bermain-main di bawah pohon epal itu setiap hari.
Kanak-kanak itu suka memanjatnya hingga ke pucuk pohon, memakan buahnya, tidur dibawah keteduhan rendang daun-daunnya.
Kanak-kanak lelaki itu sangat sayangkan pohon epal itu.
Demikian juga pohon epal sangat sayang kepada kanak-kanak kecil itu.


Waktu terus berlalu.
Kanak-kanak lelaki itu kini telah dewasa dan tidak lagi bermain-main dengan pohon epal  itu setiap hari, seperti kebiasaannya.


Suatu hari dia mendatangi pohon epal itu.
Wajahnya nampak sedih.
“Mari ke sini bermain-main lagi denganku” kata pohon epal itu.
Aku bukan anak kecil yang bermain-main dengan pohon lagi” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku ingin sekali memiliki mainan, tetapi aku tiada wang untuk membelinya.”

Pohon epal itu menyahut, “Erm, maaf aku pun tiada wang.. Tetapi kamu boleh mengambil semua buahku dan menjualnya. Kamu boleh mendapatkan wang untuk membeli mainan idamanmu” . Kanak-kanak lelaki itu sangat gembira. Dia memetik semua buah epal yang ada di pohon dan pergi dengan penuh suka cita.
Namun, setelah itu kanak-kanak lelaki itu tak pernah datang lagi. Pohon epal itu kembali sedih.

Suatu hari kanak-kanak lelaki itu datang lagi.

Pohon epal sangat gembira melihatnya datang.
“Mari bermain-main denganku lagi” kata pohon epal.
“Aku tiada waktu” jawab kanak-kanak lelaki itu.
“Aku harus bekerja untuk keluargaku. Kami memerlukan rumah untuk tempat tinggal. Mahukah kau menolongku?”
“Maaf aku pun tidak memiliki rumah. Tetapi kamu boleh menebang semua dahan rantingku untuk membina rumahmu” kata pohon epal itu.
Kemudian anak lelaki itu menebang semua dahan dan ranting pohon epal itu dan pergi dengan gembira.
Pohon epal  itu juga merasa bahagia melihat anak lelaki itu gembira. Tetapi anak lelaki itu tak pernah kembali lagi.

Pohon epal itu sekali lagi merasa kesepian dan sedih.


Pada suatu musim panas, anak lelaki itu datang lagi.
Pohon epal merasa sangat gembira menyambutnya.
“Jom bermain-main lagi denganku” kata pohon epal.
“Aku sedih” kata anak lelaki itu.
“Aku sudah tua dan ingin hidup tenang. Aku ingin pergi bersiar-siar dan berlayar. Mahukah kamu memberikan aku sebuah kapal?”
“Maaf aku tidak mempunyai kapal, tetapi kamu boleh memotong batang tubuhku dan menggunakannya untuk membuat kapal yang kau mahu. Pergilah berlayar dan bersenang-senanglah “
Kemudian, anak lelaki itu memotong batang pohon epal itu dan membuat kapal yang diidamkannya.
Dia pun pergi berlayar dan tidak pernah lagi datang menemui pohon epal itu.

Akhirnya, anak lelaki itu kembali  setelah bertahun-tahun kemudian.
“Maaf anakku” kata pohon epal itu.
“Aku sudah tidak memiliki buah epal lagi untukmu.”
“Tak apa. Aku pun sudah tidak memiliki gigi untuk mengigit buah epalmu” jawab anak lelaki itu.
Aku juga tidak memiliki batang dan dahan yang boleh kau panjat” kata pohon epal.
“Sekarang, aku sudah terlalu tua untuk itu semua”  jawab anak lelaki itu.
“Aku benar-benar tidak memiliki apa-apa lagi yang dapat aku berikan padamu. Yang tinggal hanyalah akar-akarku yang sudah tua dan sekerat ini” kata pohon epal itu sambil menitikkan air mata.
“Aku tidak memerlukan apa-apa lagi sekarang” kata anak lelaki itu.
“Aku hanya memerlukan tempat untuk berehat. Aku sangat penat setelah sekian lama meninggalkanmu”
“Oooh, bagus sekali. Tahukah kamu, akar-akar pohon tua adalah tempat terbaik untuk berbaring dan beristirehat. Mari, marilah berbaring di pelukan akar-akarku dan berehatlah dengan tenang.”

Anak lelaki itu berbaring di pelukan akar-akar pohon.
Pohon epal itu sangat gembira dan tersenyum sambil menitiskan air matanya.

Apa yang dapat kita ambil dari cerita tersebut adalah ini adalah tentang cerita kita semua


Pohon epal itu adalah ibu bapa kita.
Ketika kita muda, kita senang bermain-main dengan ayah dan ibu kita.
Ketika kita semakin besar, kita meninggalkan mereka (seperti sekolah yang jauh dan universiti), dan hanya datang ketika kita memerlukan sesuatu atau dalam kesulitan.

Tidak peduli apa-apa pun, ibubapa kita akan selalu ada untuk memberikan apa yang dapat mereka berikan untuk membuat kita bahagia.
Kita mungkin berfikir bahawa anak lelaki itu telah bertindak sangat kasar terhadap pohon itu,
Tetapi kadangkala tanpa kita sedari begitulah sikap kita terhadap orang tua kita.

Orang inilah yang setiap hari bekerja keras untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa sahaja asal perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar.
Sekarang, lihatlah ayah dan ibu anda  ketika sedang tidur. Bagaimana jika saat kita jauh tidak disampingnya, kita tak dapat lagi melihatnya kerana mereka sudah tidur untuk selamanya.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir deras ketika mengingat
Betapa banyaknya pengorbanan yang telah dilakukan mereka ini untuk kebahagiaan anda.
Cintailah mereka kita, dengan sebenar-benarnya cinta
Ucapkan pada ibubapa kita sekarang, betapa kita mencintainya; dan berterima kasih atas seluruh hidup yang telah dan akan diberikannya pada kita.
Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika esok hari mereka “orang-orang dikasihi itu” tidak lagi membuka matanya, selamanya..


Sumber: akuislam.com

gambar: google

ps: apa pengajarannye?



Terima kasih sudi baca sampai pengsan ^___^