korang nak tau lelaki suka girl yg macam mana?
korang baca la kat sini.
faktor-membuatkan-lelaki-terpikat
hehe...
kelakar & best
emm...i'm the girl with wearing glasses + uniform + no makeup
am i cute?
hehehe...
apa2 pun..just be yourself..
you will look good in your own way and
people like you when you not try to be someone else <3
taken from blog the other Khairul
Konon Penat Sangat la..
yes.hari ni dah boleh bukak blogger ni.rasanya 2 hari dah kot tak boleh bukak.ingat blogger ni kena sawan ke apa..hehe..cam tak tahu je yang tiap kali aku online aku layan blog je..adeh..2 hari tak blogging bosan la.hihi.. nasib orang lain pun x boleh bukak..ingatkan aku yg menderita sorang2..lalala =p
ok sekarang nak online puas2.pagi tadi ada program sampai tengah hari. balik mandi then tidur la.. hihi.. petang ni tak dok dalam opis.dok lepak kat beranda luar. ambik angin luar..online sambil menikmati keindahan alam. ye ke? hehe.. semua orang kat opis tak ade mood nak buat pape.penat pagi tadi terasa lagi..
akhir kalam (cewah)..besok mak ngan abah nak datang..nak hantar barang sikit (ceh padahal saja nak lepak ngan dorang).. tak puas gaduh ngan adik 3 hari je kat rumah..nanti2 la balik rumah..banyak keje (tak tipu tau)
ok sekarang nak online puas2.pagi tadi ada program sampai tengah hari. balik mandi then tidur la.. hihi.. petang ni tak dok dalam opis.dok lepak kat beranda luar. ambik angin luar..online sambil menikmati keindahan alam. ye ke? hehe.. semua orang kat opis tak ade mood nak buat pape.penat pagi tadi terasa lagi..
akhir kalam (cewah)..besok mak ngan abah nak datang..nak hantar barang sikit (ceh padahal saja nak lepak ngan dorang).. tak puas gaduh ngan adik 3 hari je kat rumah..nanti2 la balik rumah..banyak keje (tak tipu tau)
sayonara...
hari ni..berakhirnye sem 4.pagi tadi last paper.
malam ni aku nak cau cin cau.
insyaALLAH subuh besok sampai ler rumah ku syurgaku..
huhu...8 jam perjalanan..ingat aku suka ke?duduk dalam bas lama2..
patah pinggang kawan ni..heheheee
sem ni atau sepanjang tahun dua ni mencatat macam2 kenangan.
tahun ni tinggal rumah sewa ngan kawan2.tahun depan masuk hostel balik.setahun cukup lah...
pengalaman?macam2 la kan....biar aku je tau.kalau nak tau try sendiri.hihik
terima kasih kat housemate aku.sebab buat aku ketawa.masak yg sedap2.layan celoteh aku.tahan ngan perangai aku.hantar aku pergi kelas.bawak aku jejalan.hehe.. kepada kamu..roza,fina,nad,mira,sarah,wani....
lepas ni tak bersama dah.selisih kat jalan tegur2 la.masak sedap2 nanti jangan tak ajak.ngeee~~~
tsem depan dah tahun 3 (alamak teringat FYP!)..
isnin ni aku mula praktikal. yek! ni la first time aku nak kerja sepanjang hidup aku di bumi yg fana ini.
hik2 :p
ok lah...mata dah mengantuk la.tak tahu nak merapu apa lagi ni.
tak boleh nak fikir dah sebab otak aku berhenti bekerja bila tamatnya paper tadi.ngehehe~~~
dan mungkin akan mula bekerja bila aku mula bekerja (what ???!)
okeh...Biodians..jumpa bukak sem nanti ek =)
babai UMT (konon2 macam berat hati lah nak tinggalkan) :p
babai housemate ku...
mungkin lepas ni akan busy macam ni??hehe..poyo (-_~)
malu la pulak :p
Labels:
aku budak Biod
Location: Istana Negara
Kuala Terengganu, Terengganu, Malaysia
Lelaki,kamu dayus bila....
Ramai lelaki menjadi DAYUS atau tak sedar dirinya dayus...
1) Membiarkan mendedahkan kecantikan aurat dan bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain sepanjang waktu pejabat (jika bekerja) atau di luar rumah.
2) Membiarkan isterinya balik lewat dari kerja yang tidak diketahui bersama dengan lelaki apa dan siapa, serta apa yang dibuatnya di pejabat dan siapa yang menghantar.
3) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuan dewasanya terlihat (terselak kain) semasa menaiki motor atau apa jua kenderaan sepanjang yang menyebabkan aurat terlihat.
4) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.
5) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.
6) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.
7) Membiarkan anak perempuannya memasuki akademi fantasia, mentor, gang starz dan lain-lain yang sepertinya sehingga mempamerkan kecantikan auratnya kepada jutaan manusia bukan mahram.
8) Membiarkan isterinya atau anaknya menjadi pelakon dan berpelukan dengan lelaki lain, kononnya atas dasar seni dan lakonan semata-mata. Adakah semasa berlakon nafsu seorang lelaki di hilangkan? Tidak sekali-sekali.
9) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.
10) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti
menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.
credit to syahirul.com
Cinta milik siapa?
Saban hari kita jumpa dengan orang yang berbeza. Berbeza sikap, berbeza perwatakan dan berbeza jantina. Saban hari itulah setiap perasaan yang berbeza wujud menerjah dalam diri. Ada rasa suka, gembira yang teramat, ada rasa benci, kadang-kadang timbul perasaan meluat. Terdapat juga rasa simpati ditaburi sedikit kasihan, dan tidak kurang pula datangnya cinta pandang pertama.
Saat melihat dirinya, hati jadi tenteram, aman dan tenang. Ibarat terbang di awang-awangan. Bagai cerita cinta dalam kisah dongengan. Tetapi, apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Kisah Cinta Pertama :
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.
Uda dan Dara bercinta berjanji setia sehidup semati. Sampai masa, hanya Allah yang tahu. Cinta di pertengahan. Dara bertemu jodoh dengan insan lain. Sedang Uda berkelana sendirian tanpa arah tujuan.
Kisah Cinta Kedua :
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.
Uda dan Dara bahagia membina mahligai indah atas dasar cinta, kasih dan sayang. Beberapa tahun berlalu, Uda dan Dara mula tidak sependapat dan akhirnya membawa haluan sendiri. Masing-masing bagai orang asing yang datang dari planet lain.
Apakah cinta itu sebenarnya untuk kita?
Cinta yang tiada bermatlamat. Cinta yang tidak pernah ditarbiyah. Cinta yang tidak disulam dengan niat lillahi ta'ala. Tidak.
Cinta itu sebenarnya untuk kita jika Cinta itu ditempatkan dalam tempat yang sememangnya menjadi haknya. Cinta yang ditarbiyah itulah sebenarnya cinta untuk kita. Cinta yang setiap malamnya dihujani dengan air mata. Cinta yang setiap paginya dibasahi dengan embun zikrullah. Cinta yang setiap senjanya didendangkan dengan kalamullah. Dan cinta sebelum malamnya berlabuh dinodai dengan muhasabah keinsafan.
Itulah yang dipanggil sebenar-benar CINTA. CINTA pada Sang Pencipta.
diambil dari iluvislam.com
orang yang bijaksana, menulis tentang ilmu. Orang cerdik menulis tentang peristiwa. Orang pandai menulis tentang 'orang lain'. Hanya orang bodoh menulis tentang dirinya sendiri. -Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Subscribe to:
Posts (Atom)