Pandangan pertama tak semestinya tepat




Salam.

Nak nampak muda sentiasa? tanpa menggunakan produk kecantikan? tak mengeluarkan banyak duit? Apa rahsianya? ceh dah macam iklan tak berbayar pulak.>>> intro yang sangat teruk

aku baru berumur beberapa tahun. memang muda belia la katakan. sebab tu la orang yang tak kenal aku ingat aku ni budak junior. oh no..no..no..

yang lebih menyayat hati, budak junior kalau borak ngan aku dan sorang lagi kawan aku, dorang akan bahasakan diri dorang akak. makanya, aku adik ye la tak gitu...hahahaa...

mungkinkah aku nampak muda dari umur sebenar?  atau pun kelihatan seperti kanak2 ribena? macam budak2 kah? tak matangkah aku? tak bergayakah aku bila ke kelas hanya memakai jeans dan tshirt? dan berselipar yang mempunyai rama2? tak wanitakah aku bila tak membelit selendang di kepala ku?

tak dewasakah aku bila memakai cermin mata penuh bergaya yang akan bertukar hitam bila dipanah matahari berbanding dengan mereka yang memakai kanta sentuh atau bahasa pasarnya contact lens? terukkah aku bila asyik tersengih seolah-olah putus satu fius? ke tak cukup gadiskah aku bila tak bercat merah di pipi ku? tapi aku ada bibir yang seksi...kah3 (abaikan)

oleh yang demikian, (ada penanda wacana,ops bukan bro wacana) aku rasa muda, jadi muda, memang muda. itu la tag line aku..hehehe ^____^

ps: ini la aku. terima aku seadanya...pandangan pertama tak semestinya tepat, maka pandanglah 2 kali.kekeke


Langit takkan mendung selamanya



Salam..
Pernah tak korang rasa, satu saat tu, rasa macam diri tu tak berguna. bila tak dapat nak buat sesuatu untuk diri senirik atau orang lain? Paling tak pun, rasa terkilan.. Aku pernah...

Masa kat hospital. Aku dok tepi katil mak. dah pukul 2 pagi kot. aku tak boleh tidur. mana nak lena dok atas kerusi. aku renung muka mak yang dah lena. entah kenapa aku sedih. aku pikir, kalau la aku dah keje masa tu, ada duit, aku bawak mak ke hospital yang lebih mahal. dok pun selesa, layanan pun cepat dan bagus. Duit ada semua benda boleh buat kan. Aku tau kenapa mak tangguhkan nak jumpa doktor masa tu. sebab mak takut pakai duit banyak...bukan sebab mak takut doktor macam yang abah cakap. yang takut doktor tu aku ler.

Aku masih lagi study. setahun lagi. aku rasa niat nak sambung study lagi tu aku postpone dulu kot. aku kesian tengok abah cari duit sorang2. aku masih tak mampu bantu dia. Aku anak sulung. tanggungjawab aku besar. adik2 aku study lagi. aku lah harapan dorang. aku bukan lah yang terbaik. tapi aku akan cuba.

memang kadang2 perasaan macam tu ada. tapi kesusahan yang kita lalui hari ni, merupakan permulaan pada kesenangan untuk masa akan datang. sebab tu jangan mengeluh. terjatuh banyak kali tak apa, bangkitlah. dan jangan lupa pandang pada apa yang berlaku di sekeliling kita. sekurang-kurangnya kita masih bernasib baik. sangat baik...

dan sebagai hambaNYA, kita memang akan sentiasa diuji. jangan tanya kenapa..kita tak layak persoalkan. bagi aku, biarlah kalau kita selalu ditimpa musibah dan ujian kalau itu lah caranya untuk kita selalu dekat dengan TUHAN.

" Dan apabila Kami memberi nikmat kepada manusia, ia berpaling dan menjauhkan diri,tetapi apabila ia ditimpa malapetaka maka ia banyak berdoa" - Surah Fushsilat, Ayat 51.

ps: sekadar renungan bersama...












Lega

Salam.

abes dah present. lega..walaupun kena tembak la jugak. adeh..tak mau ingat dah. lepas ni kena hantar written proposal pulak. tak siap lagi pun.

countdown: 10 hari lagi nak balik..dah melimpah ruah dah rindu kat mak, abah ngan adik2.... :)

”25 Things Random Giveaway by Penmerah.com”

anigif penmerah 25 Things Random Giveaway by Penmerah.com
KLIK


Wah..hadiahnya sangat menarik.
tolong jangan join :p
hahaaa..

meh ramai2 pakat join.
ni yang saya nak tag:


ps:hadiah boleh pilih tak?
hehehe.. :p


Berdebar tunggu hari esok

Salam.

besok aku ada presentation proposal untuk final year project. doakan untuk aku ek.

alahai..nebes la pulak. jangan aku pengsan bila kena soal suda...hahaa :p

tajuk fyp: Classification of non- exclusive magrove at Setiu lagoon mangrove forest by using handheld spectroradiometer.

emm..korang yang nak menghulurkan bantuan, membantu sesama insan boleh la tengok kat SINI. paling tak pun, tolong mendoakan pun dah cukup kan...

Butterfly in my stomach...lalalalaaa.. *berpeluh-peluh*

Blogger ini bermusuhan

Salam.

Bellatrix Lestrange
ambik kau.Avada kedavra!


wah..entri yang ke 4 untuk hari ni. adakah daku ingin membalas dendam kerana tak update selama beberapa hari ini? >>>(intro skema gile).

aku cuma nak suarakan apa yang aku rasa (lagi sekali skema). tak kisah la kalau hampa tak rasa apa yang aku rasa.

nape tah aku selalu tertukar depa tiga orang ni. yang  INI INI dan INI. aku rasa cara dorang menulis tu cam sama jek. jantina pun sama. suka hati aku la aku nak rasa cam tu.hehehe..

bermusuhan kah mereka?oh tentu sekali la tidak. (ceh tajuk menipoooo)   :p

sama ke tak, korang tengok la sendirik okeh.


ps: yey dah beli tiket bas. 1 Nov, selasa. kajang..tunggu aku ^____^