apa yg biasa aku buat???apa yg aku suka???apa yg aku sayang???hehee...baca novel tu dah jadi kebiasaan aku. aku suka kumpul novel dan aku sayang sgt semua novel aku tu.hiii...sbnrnye aku nak citer psl benda2 peliharaan ku..eh maksudnya harta benda yg aku ada yg amat ku cinta...hehee..aku suka bace novel.aku mula dihantui novel masa aku form 1 lg.masa tu aku pinjam novel sepupu aku.aku igt lg tajuknya
Bintang Hati (nama hero novel ni mak aku dah abadikan kat adik aku..huhuu). lepas tu aku pinjam kawan aku punya lak..
Pergilah Sepi..makin lama aku makin gila dengan novel ni..at last, aku beli gak 1 novel.novel pertama aku yg skrg dah pun berusia 7 thn tajuknya
Kau Yang Satu. tapi novel aku bukan setakat 1 tu je tau..dah melambak da skrg.
kalau dulu aku suka novel cinta (yg smpi meleleh air mata tu) tp sjk 3 thn ni aku mula jatuh cinta dengan novel thriller la plak..ni tak lain tak bukan kawan aku yg bernama Nur Aqilah Sholihin tu la yg pengaruh aku. bermula dengan
Bagaikan Puteri karya
Ramlee Awang Murshid, aku skrg lebih suka baca & kumpul novel thriller. novel RAM mmg meletup.ada elemen emosi, suspen, pengajaran dan yg paling bes dapat mcm2 ilmu especially agama.byk sgt beliau selit psl agama.
|
sunan sentiasa di hati..huhu |
kalau dulu aku tau RAM je yang tulis novel thriller yg mmg sgt gempak, tp skrg aku dah tau ada novelis lain yg berbakat dlm novel suspen+thriller ni. siapa lg kalau bukan
Dhiya Zafira. walaupun membawa konsep thriller, tapi novel beliau byk terselit kisah cinta (tu yg kadang2 aku mabuk..hehe). kira romance thriller la. plot cerita memang menarik,suspen. cara penulis mengolah cerita dengan penuh emosi,imaginasi,informasi dan konflik memang best.tapi apa yang aku paling suka psl novel DZ ni, hero2nya tersangatlah menawan kalbu.meninggalkan kesan dlm hati aku ni.cewahhh.....
|
ni yg aku rse paling best! |
apa2 pun bagi aku penulis2 ni mmg berbakat besar (mesti la sbb tu dorg jadi penulis). ada lagi beberapa orang penulis yg masuk dlm feveret novelis aku..ye la da bape lame kan aku berkecimpung dlm bidang ni kan...bkn bidang penulisan.bidang pembacaan..hehe..aku pun suka karya
Anis Ayuni, Lynn Dayana, Damya Hanna, Aisya Sofea, Norhayati Berahim,J.K.Rowling...eh?? hehe...i LOVE Harry Potter very much !aku sanggup habiskan duit aku nk kumpul duit ( tak main la pnjam2 nih..huu) dari beli benda2 lain.kalau org sebaya aku lebih suka menderma kan duit kt kedai baju,kasut dan kedai topup, aku pulak suka buat amal jariah kt kedai buku..hahaa.sbb aku byk melabur kt novel la aku syg sgt novel aku.masih tersimpan kemas dlm almari kt uma,aku tak bagi pun sape2 usik dan alih harta aku tu.aku tak kisah org pinjam novel aku sbb aku mmg suka kongsi apa yg aku baca. tp aku GERAM la kalau tak jaga baik2.sbb aku sygkn novel aku mcm nyawa aku sendiri..hihii.
p/s: to my novels, i love u! quiero mucho!